Thursday, 21 July 2011

Mural Bengkel KHB

Salam 1 Malaysia.... dalam minggu ini, bengkel KHB sedang di 'solek' oleh sekumpulan pelajar dari Kolej New Era.. Mereka berhempas pulas untuk menyiapkan mural di dinding kawasan bengkel yang kosong.. Setakat ini, hasil yang dapat dilihat agak menarik.. Tunggu bila siap nanti.. mungkin hasilnya lebih menarik..



Tuesday, 19 July 2011

Mesyuarat Panitia kali ke 3

Salam 1 Malaysia.... Mesyuarat tengah hari tadi berjalan dengan baik tanpa sebarang perbincangan yang memeningkan kepala.. :) Antara gambar yang dapat disiarkan..

 Pn Ruzihan (GKMP) sedang mempengerusikan mesyuarat.
 Minit mesyuarat lepas
Pn Nik Arina sedang mencatat minit

Antara perkara yang dibincangkan adalah:
  • Pembinaan soalan
  • Peningkatan/penurunan peratus lulus semasa Peperiksaan Pertengahan Tahun
  • Penambahbaikan setiap bengkel 
  • Tarikh-tarikh peperiksaan akan datang
  • Post Mortem 
  • Urusan kewangan 
Terima kasih kepada semua guru panitia di atas kerjasama yang telah diberikan.. Panitia Hebat, d'Bukit Hebat!!

Monday, 18 July 2011

Projek Kayu Kemahiran Hidup Ting 1

Pelajar tingkatan 1 sedang menyiapkan projek kayu.
 Contoh kerja kayu tingkatan 1

 Pelajar sedang menyapu bahan kemasan

 Proses mencantum

Friday, 15 July 2011

Edible Landscpe..

Tertarik dengan nama edible landscape ni.. Cuba surf dan hasilnya... dalam Utusan Online 2009, tertulis jelas mengenai topik ini. Untuk bacaan seterusnya sila klik di sini
contoh gambar taman

Memang menarik kalau taman tanaman makanan (edible landscape) ini dilaksanakan di sekolah. Tapi rasanya di d'Bukit tak boleh. Sebab kawasan bertanah sangat terhad.

Kursus Pembugaran Bumi Hijau untuk Guru Kemahiran Hidup

 Guru-guru yang menyertai kursus
 salah seorang guru panitia KH d.bukit. Puan Rozana Mazlan
                                          Pokok limau kasturi yang perlu ditanam
        Kawasan padang SK Cheras Indah yang telah di penuhi dengan pokok jagung.


                                            Benih jagung Thai Sweet Corn
                                          Tanah lembik kerana subuh hari itu hujan turun.


Pada 13 Julai 2011, bertempat di SK Cheras Indah, Ampang telah dijalankan Kursus Pembugaran Bumi Hijau untuk guru kemahiran hidup daerah Hulu Langat. Dalam kursus ini, diterangkan berkaitan dengan "Edible Landscape". Guru-guru yang menyertai diterangkan bagaimana untuk membuat lanskap serta kerjasama yang boleh diperolehi daripada Jabatan Pertanian. Semasa kursus ini juga, guru-guru diminta untuk menanam jagung jenis "Thai sweet corn" di kawasan padang SK Cheras Indah seluas 3.4 ekar. Kawasan tanah yang luas membuat kami teruja untuk bercucuk tanam sekali gus memberi pengalaman yang menarik untuk dikongsi bersama kawan-kawan guru yang lain.

Mesyuarat Panitia kali ke 3

Perhatian kepada semua guru-guru panitia KH d'bukit.. mesyuarat panitia kali ke 3 akan diadakan pada 19 Julai 2011.. Surat panggilan mesyuarat telah diedarkan.. Harap maklum.. terima kasih

Pentaksiran

Minggu pentaksiran untuk panitia kemahiran hidup d'bukit 2011.. selamat menaksir.. harap kawan-kawan berjaya...