Friday 29 July 2011

Minggu Ujian Setara Ogos..

Salam 1 Malaysia.. Minggu Ujian Setara Ogos akan diadakan pada 9-14 Ogos 2011.. InsyaAllah jadual akan diupload kemudian.. Terima Kasih..:)

Monday 25 July 2011

Pentaksiran :)

Minggu yang lalu, ketua-ketua pentaksir pening kepala sebab pentaksir daerah datang untuk mentaksir.. Semua ketua-ketua pentaksir (Pn Yang, Pn Iza dan Pn Nik Arina) sibuk menyiapkan markah dan menyemak kerja-kerja pelajar.. Apa pun tahniah sebab tak ada sebarang masalah besar.


 Pentaksir daerah sedang menyemak folio pelajar..

 Antara kerja-kerja pelajar.




Saturday 23 July 2011

SSiC Junior Top Chef Challenge 2011

Pada 23 Julai, Panitia KH telah menghantar 2 pasukan untuk bertanding di pertandingan memasak yang dianjurkan oleh Silverspoon International College, Puchong. Untuk pusingan pertama, pelajar-pelajar dikehendaki memasak menu Nasi Beriyani dan Kurma Daging.. Rempah yang perlu digunakan adalah rempah Mak Dara.. 4 orang pelajar yang menyertai pertandingan ini telah berlatih memasak selama 2 hari di sekolah dengan dibantu oleh Cik Erma selaku guru pengiring yang akan membawa pelajar ke pertandingan tersebut.


Persiapan sebelum pertandingan. Penaja pertandingan adalah Rempah Mak Dara, Maggi, Zenith dan Princess.
 Pertandingan telah bermula. Guru dilarang 'menyibuk' di kawasan pertandingan. So cikgu ambil gambar je la ye anak-anak.. :)
 Chef Zam sebagai pengacara dan juga Director/Principal di SSiC ini.
 Pelajar tekun menyiapkan rencah untuk Nasi Beriyani.

 20 kumpulan peserta yang menyertai pertandingan ini dan ini adalah 20 jenis hiasan untuk menu Nasi Beriyani.
 Kumpulan pertama d'Bukit di temubual oleh juri, Chef Jasman dan Chef Muluk.
 Kumpulan kedua.
 Hiassan dan makanan dari kumpulan kedua.
 Hiasan dan makanan dari kumpulan pertama.
 Para peserta menerima cenderahati dari Chef Muluk.

 Kumpulan kedua berjaya ke peringkat seterusnya iaitu 'Black Box". Pelajar diminta menyediakan 3 jenis masakan yang mana bahan mentah diberi sepenuhnya oleh pihak penganjur. Cikgu terpaksa beli kuali baru sebab tak bersedia utnuk ke pusingan seterusnya. :)

 Juri pusingan ini ialah Chef Jasman dan Puan Zaidah. Ratu kek lapis Malaysia.

 Hidangan yang berjaya disiapkan oleh peserta. Daging sweet sour, sayur campur dan beef salad with mushroom.
Sijil yang diterima oleh peserta.

 Akhirnya, apabila keputusan diumumkan, peserta d'Bukit berjaya mendapat tempat kedua. :) Berjaya mengalahkan pelajar-pelajar dari sekolah teknik aliran ERT.. 


 Bergambar dengan pemenang-pemenang.


 TAHNIAH KEPADA SEMUA!!!! (AMALINA, AZURA, KHALILAH DAN ZAREEDA)

Thursday 21 July 2011

Mural Bengkel KHB

Salam 1 Malaysia.... dalam minggu ini, bengkel KHB sedang di 'solek' oleh sekumpulan pelajar dari Kolej New Era.. Mereka berhempas pulas untuk menyiapkan mural di dinding kawasan bengkel yang kosong.. Setakat ini, hasil yang dapat dilihat agak menarik.. Tunggu bila siap nanti.. mungkin hasilnya lebih menarik..



Tuesday 19 July 2011

Mesyuarat Panitia kali ke 3

Salam 1 Malaysia.... Mesyuarat tengah hari tadi berjalan dengan baik tanpa sebarang perbincangan yang memeningkan kepala.. :) Antara gambar yang dapat disiarkan..

 Pn Ruzihan (GKMP) sedang mempengerusikan mesyuarat.
 Minit mesyuarat lepas
Pn Nik Arina sedang mencatat minit

Antara perkara yang dibincangkan adalah:
  • Pembinaan soalan
  • Peningkatan/penurunan peratus lulus semasa Peperiksaan Pertengahan Tahun
  • Penambahbaikan setiap bengkel 
  • Tarikh-tarikh peperiksaan akan datang
  • Post Mortem 
  • Urusan kewangan 
Terima kasih kepada semua guru panitia di atas kerjasama yang telah diberikan.. Panitia Hebat, d'Bukit Hebat!!

Monday 18 July 2011

Projek Kayu Kemahiran Hidup Ting 1

Pelajar tingkatan 1 sedang menyiapkan projek kayu.
 Contoh kerja kayu tingkatan 1

 Pelajar sedang menyapu bahan kemasan

 Proses mencantum

Friday 15 July 2011

Edible Landscpe..

Tertarik dengan nama edible landscape ni.. Cuba surf dan hasilnya... dalam Utusan Online 2009, tertulis jelas mengenai topik ini. Untuk bacaan seterusnya sila klik di sini
contoh gambar taman

Memang menarik kalau taman tanaman makanan (edible landscape) ini dilaksanakan di sekolah. Tapi rasanya di d'Bukit tak boleh. Sebab kawasan bertanah sangat terhad.

Kursus Pembugaran Bumi Hijau untuk Guru Kemahiran Hidup

 Guru-guru yang menyertai kursus
 salah seorang guru panitia KH d.bukit. Puan Rozana Mazlan
                                          Pokok limau kasturi yang perlu ditanam
        Kawasan padang SK Cheras Indah yang telah di penuhi dengan pokok jagung.


                                            Benih jagung Thai Sweet Corn
                                          Tanah lembik kerana subuh hari itu hujan turun.


Pada 13 Julai 2011, bertempat di SK Cheras Indah, Ampang telah dijalankan Kursus Pembugaran Bumi Hijau untuk guru kemahiran hidup daerah Hulu Langat. Dalam kursus ini, diterangkan berkaitan dengan "Edible Landscape". Guru-guru yang menyertai diterangkan bagaimana untuk membuat lanskap serta kerjasama yang boleh diperolehi daripada Jabatan Pertanian. Semasa kursus ini juga, guru-guru diminta untuk menanam jagung jenis "Thai sweet corn" di kawasan padang SK Cheras Indah seluas 3.4 ekar. Kawasan tanah yang luas membuat kami teruja untuk bercucuk tanam sekali gus memberi pengalaman yang menarik untuk dikongsi bersama kawan-kawan guru yang lain.