Saturday 23 July 2011

SSiC Junior Top Chef Challenge 2011

Pada 23 Julai, Panitia KH telah menghantar 2 pasukan untuk bertanding di pertandingan memasak yang dianjurkan oleh Silverspoon International College, Puchong. Untuk pusingan pertama, pelajar-pelajar dikehendaki memasak menu Nasi Beriyani dan Kurma Daging.. Rempah yang perlu digunakan adalah rempah Mak Dara.. 4 orang pelajar yang menyertai pertandingan ini telah berlatih memasak selama 2 hari di sekolah dengan dibantu oleh Cik Erma selaku guru pengiring yang akan membawa pelajar ke pertandingan tersebut.


Persiapan sebelum pertandingan. Penaja pertandingan adalah Rempah Mak Dara, Maggi, Zenith dan Princess.
 Pertandingan telah bermula. Guru dilarang 'menyibuk' di kawasan pertandingan. So cikgu ambil gambar je la ye anak-anak.. :)
 Chef Zam sebagai pengacara dan juga Director/Principal di SSiC ini.
 Pelajar tekun menyiapkan rencah untuk Nasi Beriyani.

 20 kumpulan peserta yang menyertai pertandingan ini dan ini adalah 20 jenis hiasan untuk menu Nasi Beriyani.
 Kumpulan pertama d'Bukit di temubual oleh juri, Chef Jasman dan Chef Muluk.
 Kumpulan kedua.
 Hiassan dan makanan dari kumpulan kedua.
 Hiasan dan makanan dari kumpulan pertama.
 Para peserta menerima cenderahati dari Chef Muluk.

 Kumpulan kedua berjaya ke peringkat seterusnya iaitu 'Black Box". Pelajar diminta menyediakan 3 jenis masakan yang mana bahan mentah diberi sepenuhnya oleh pihak penganjur. Cikgu terpaksa beli kuali baru sebab tak bersedia utnuk ke pusingan seterusnya. :)

 Juri pusingan ini ialah Chef Jasman dan Puan Zaidah. Ratu kek lapis Malaysia.

 Hidangan yang berjaya disiapkan oleh peserta. Daging sweet sour, sayur campur dan beef salad with mushroom.
Sijil yang diterima oleh peserta.

 Akhirnya, apabila keputusan diumumkan, peserta d'Bukit berjaya mendapat tempat kedua. :) Berjaya mengalahkan pelajar-pelajar dari sekolah teknik aliran ERT.. 


 Bergambar dengan pemenang-pemenang.


 TAHNIAH KEPADA SEMUA!!!! (AMALINA, AZURA, KHALILAH DAN ZAREEDA)

3 comments: